journey wit ?
Tuesday, August 24, 2004
assalamualaikum...
peristiwa semalam benar2 membuatkan aku terfikir ttg erti sebenar sahabat...apa dosaku kepadanya?hingga tergamak dia buat begini kepadaku...tidak pernah terlintas di fikiranku utk menyakiti hatinya malah dia ku anggap seperti saudaraku sendiri...aku terlalu menghargai dirinya...benar kata org jgn mudah mempercayai seseorang...
sampai sekarang aku masih tidak percaya bahawa dia orangnya ttp pengakuan malam tadi benar2 buat aku yakin bahawa dia org nya....jiwaku kosong seolah2 atas awan bila aku sedar ini adalah kenyataan...
aku tahu mengapa dia begitu...dia terlalu sayang kepada insan itu...dan mahu melindungi insan itu....tidak mahu insan itu disakiti...niatnya suci malah aku amat hargai ketulusan hatinya itu
tp ingatlah...dalam perhubungan memerlukan keikhlasan dan kejujuran...andai dia dapat peluang utk berterus terang...jujurlah padanya temanku...ku kira dia lebih faham hati insan itu
hatinya terlalu lembut utk kau sakiti...tolonglah aku tak mahu dia kecewa kali kedua
dikhianati kali kedua
biar ku tanggung segalanya kali ini...kerna itu yg aku mampu lakukan seandainya itu yg boleh buat insan itu bahagia...teruslah menemaninya temanku..temani insan itu di saat suka dan dukanya...bantulah ia mencari kebahagiaan
kata2ku makan diri rupanya...seandainya dia dan aku suka pada insan yg sama maka aku rela insan itu memilih dirinya..nah sekarang ianya terjadi....
Allah Maha Adil
Allah Maha Pengasih
Dia temanku paling setia
Dia juga tahu segalanya
mungkinkah aku bersalah kerana menjadi kurang bijak dalam menunjukkan sayangku?
mungkinkah aku yg bersalah kerana menjadi terlalu mudah mempercayai dia sahabatku?
sampai saat ini dan hingga keakhirnya kamu ttp saudara az...ttp sahabat az
itu tidak akan az nafikan dan az amat berharap persahabatan kita tidak putus begitu sahaja...
-terima kasih-
hitam putih
2:33 PM